LATAR BELAKANG PERMAINAN LIDI
LATAR BELAKANG PERMAINAN LIDI
Seterusnya, tempat permainan lidi yang sesuai untuk dimainkan adalah dikawasan yang lapang dan rata bergantung kepada bilangan pemain. Untuk pemain pula, jumlah minimum pemain adalah 2 orang dan tidak boleh melebihi 10 orang pemain. Selepas itu, terdapat cara-cara untuk bermain permainan lidi ini. Berikut merupakan cara-cara bermain permainan ini.
CARA-CARA PERMAINAN LIDI :
● Pemain perlu menentukan giliran dengan bermain “lat tali lat tali tam plom” sekiranya terdapat ramai pemain manakala “wan to som” dimainkan untuk dua orang pemain.
● Selepas itu, pemain pertama perlu mengenggamkan batang lidi dengan tidak terlalu kuat dan melepaskannya di atas permukaan rata supaya lidi tersebut akan berterabur secara rawak.
● Pemain perlu mencari lidi yang tidak bersentuh dengan lidi lain terlebih dahulu supaya mudah untuk mengambilnya untuk dijadikan sebagai lidi utama.
● Sekiranya tiada lidi yang tidak bersentuh untuk dijadikan lidi utama, pemain dibenarkan untuk mengulang semula untuk mendapatkan lidi utama.
● Untuk meneruskan permainan, pemain perlu menggunakan lidi utama untuk mencungkil keluar lidi yang telah dipilih tanpa menggerakkan lidi yang berhampiran dengannya.
● Setiap batang lidi perlu diambil sebatang demi sebatang.
● Sekiranya terdapat pergerakan pada batang lidi selain dari batang lidi yang dipilih walaupun sedikit, tamatlah giliran untuk permain tersebut.
● Pemain dibenarkan untuk meneruskan permainan mengikut seberapa banyak batang lidi yang dapat diperoleh.
● Pemenang akan dipilih mengikut jumlah lidi yang paling banyak.
Comments
Post a Comment